Flurry Of Hearts -->

disable right click

top of page

Bismillah

Bismillah

solat

tema blog

"1Sekolah 1Blog ke Arah Tranformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"

Slogan smkam

"SMK Air Molek Penjana Budaya Cemerlang"

Tuesday 4 October 2011

Pesan Dari Seorang Insan Bergelar Guru

Cikgu berharap kisah yang dipaparkan ini akan menjadi pengajaran kepada para pelajar SMK Air Molek yang cikgu kasihi.Yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Soalan Apakah Ini?

Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya untuk bertanyakan kewajaran soalan terakhir dalam kertas peperiksaan tersebut."Prof,adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?" "Ya,sudah tentu", "Tetapi Prof,itu soalan yang luar daripada sukatan dan tiada kena mengena dengan mata pelajaran ini" pelajar itu cuba memberikan komen."Kamu silap,Ia ada kaitan dengan sukatan pembelajaran", "Mungkin prof terlupa,soalannya berbunyi 'Siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aerounatik?Bagi saya soalan ini tiada kena mengena langsung dengan jurusan yang saya ambil!", "Pelajar seperti kamu tidak hanya semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal belum mencukupi. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun mungkin satu hari nanti kamu hanya akan bekerja dengan mesin

Pengajaran:

Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat pada kertas. Kita ibarat robot yang sangat patuh kepada sistem. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusian. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Visi Dan Misi UBK SMK Air Molek

Visi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.


Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

· Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

· Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

· Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalamakademik.

· Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkanmelalui program bimbingan dan kaunseling.

· Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

· Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.