Kesan Terhadap Sistem Pernafasan
Merokok secara aktif ( penghisap rokok ) atau pasif ( orang yang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok ) boleh menyebabkan serangan asma yang lebih kerap. Ia juga meninggikan risiko jangkitan radang paru-paru, meninggikan kadar kolesterol dalam darah dan kadar ini akan menurun apabila seseorang itu berhenti merokok.
Keadaan ini berlaku kerana merokok melemahkan proses semula jadi pembersihan
( mucociliary ) paru-paru. Selain itu, merokok juga menyebabkan masalah batuk, berkahak dan susah bernafas serta merupakan penyebab utama penyakit jantung, meninggikan risiko angin ahmar, meningkatkan risiko enam kali ganda pendarahan di dalam otak
( subarachnoid haemorrhage ) dan menjadi punca kepada permasalahan saluran darah atau arteri tersumbat di bahagian kaki atau tangan.
( subarachnoid haemorrhage ) dan menjadi punca kepada permasalahan saluran darah atau arteri tersumbat di bahagian kaki atau tangan.
Cara-cara Yang Boleh Diamalkan Untuk Berhenti Merokok:
- Persediaan minda terutamanya untuk melalui tempoh 'gian' pada dua hingga empat minggu pertama selepas berhenti merokok. Ingatlah anda akan berasa lebih baik dan sihat selepas tempoh itu berlalu.
- Buangkan semua rokok yang ada dan segala barang yang berkaitan dengan rokok.
- Elakkan daripada berada di dalam situasi yang boleh mendatangkan stress.
- Elakkan diri daripada rakan atau persekitaran yang boleh menggalakkan anda merokok.
- Jangan cepat putus asa dan jangan sekali-kali mengambilnya walau sebatang pun rokok sekurang-kurangnya selama setahun.
- Gunakan duit yang dapat disimpan ( kerana tidak membeli rokok ) untuk membeli sesuatu yang berharga atau sesuatu secara berkala seperti majalah.
- Banyakkanlah berdoa supaya usaha anda itu dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada keluarga, kawan dan masyarakat amnya.
- Menguatkan keimanan dan bertekad untuk menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.
- Memperbanyakkan ilmu pengetahuan mengenai gejala merokok dan melihat sendiri kesan buruknya terhadap manusia.
No comments:
Post a Comment